Saya Mahu Mencari Penawar Kanser
Nama: Alexandra “Alex” Scott
Umur: 4 Tahun
Lokasi: Manchester, Connecticut
Sejurus selepas hari lahirnya yang pertama, Alex Scott telah disahkan menghidapi neuroblastoma, salah satu kanser yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak. Pada umur 4 tahun, Alex telah menjalani pembedahan pemindahan sel stem. Apabila beliau keluar dari hospital, beliau bertekad untuk membuat jualan air lemon di hadapan rumah dan menyumbangkan hasil jualan tersebut kepada para doktor agar mereka boleh membantu kanak-kanak lain seperti mereka membantu beliau.
Pada jualan pertamanya, beliau berjaya mengutip USD 2000. Kisah beliau telah mendapat perhatian masyarakat dunia sehingga ada yang turut melakukan jualan air lemon semata-mata untuk menyumbangkan dana tersebut kepada Alex dan usaha beliau. Walaupun Alex terpaksa bertarung dengan kanser, keluarga Scott masih menjalankan jualan air lemon secara tahunan di hadapan rumah mereka.
Alex Scott telah meninggal dunia pada tahun 2004 ketika beliau berusia 8 tahun. Sehingga kematian beliau, beliau telah berjaya mengutip dana sebanyak USD 1,000,000 bagi membantu dalam penyelidikan mencari penawar bagi penyakit kanser. Setelah pemergian Alex, legasi beliau diteruskan oleh abang-abang beliau; Patrick, Eddie, dan Joey serta para penyokong beliau dengan menubuhkan Yayasan Jualan Air Lemon Alex.








