Saya Mahu Menjadi Seorang Penulis

Nama: Anne Frank

Umur: 13 Tahun

Lokasi: Frankfurt, Jerman

Hadiah terindah buat Anne Frank adalah sebuah diari berwarna merah yang dihadiahkan oleh ibu bapa beliau sempena hari jadi beliau yang ke-13. Namun, Frank hanya dapat menulis sebagai seorang manusia yang bebas selama dua minggu sahaja sebelum mereka sekeluarga perlu bersembunyi di sebuah rumah persembunyian rahsia di Amsterdam untuk mengelakkan diri mereka ditangkap oleh rejim Nazi.

Ketika dalam persembunyian inilah, Anne Frank menulis tentang pengalaman beliau membesar dalam keadaan sedemikian dan harapan-harapan beliau meskipun hidup dalam keadaan huru-hara akibat peperangan.

Keluarga Frank telah ditemui ketika Anne Frank berusia 15 tahun. Pada ketika itu, sudah menjadi satu kebiasaan bagi tentera rejim Nazi untuk merampas harta dan barang-barang ahli keluarga yang dianggap berharga. Bagi mereka, timbunan kertas hasil tulisan seorang kanak-kanak tidak bernilai buat mereka, maka mereka membiarkan sahaja timbunan kertas tersebut bersepah di atas lantai.

Seorang pembantu telah mengumpulkan kertas-kertas tersebut dan menyimpannya untuk Anne. Otto Frank, bapa kepada Anne mula membaca diari anak bongsu beliau setelah Anne meninggal dunia, dan mendapati bahawa beliau telah membaca sisi Anne yang berlainan dengan apa yang diketahui beliau selama ini. Di dalam diari tersebut, Anne telah menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang penulis dan menginginkan agar karya-karyanya diterbitkan.

Otto telah mencari penerbit untuk menunaikan permintaan anaknya yang telah pergi bertemu pencipta-Nya. Akhirnya, sebuah karya berjudul ‘Diari Seorang Budak Perempuan’ oleh Anne Frank telah diterbitkan. Diari ini telah menjadi diari yang paling banyak dibaca oleh berjuta orang merentas generasi, zaman dan benua serta ditejemahkan dan diterbitkan dalam 67 bahasa. Kini, legasi Anne Frank dipelihara di Rumah Anne Frank, sebuah muzium di Amsterdam yang merupakan tapak persembunyi keluarga Frank dahulu.

Pada tahun 2009, Pusat Anne Frank di Amerika Syarikat telah melancarkan “The Sapling Project”, iaitu projek menanam anak-anak pokok buah berangan yang amat disayangi oleh Anne ketika beliau berada di tempat persembunyian di Amsterdam.

Pernahkah anda berimpian untuk menulis dan menerbitkan buku anda sendiri?

annefrankschoolphoto
9789897784903_p0_v1_s550x406
9780241952443
1219460512-anne-frank-quotes10
971006_n33499
51vX0q8czmL._SX342_BO1204203200_

Leave a Reply