Saya Mahu Membantu Adik Saya
Nama: Leah Choy
Umur: 4 Tahun
Lokasi: Malaysia
Leah selalu berada di dapur dan
sering bersama neneknya sejak berusia 2 tahun. Seperti kanak – kanak lain yang
sebayanya, Leah memang sukakan makanan dan teruja dengan cara penghasilannya.
Leah Choy telah belajar untuk membuat
kek dan pastri melalui YouTube ketika
4 tahun untuk membantu menanggung kos perubatan adiknya, Adele yang menghidap
penyakit celebral palsy. Beliau telah
berjaya untuk meraih RM24,000 untuk kos perubatan adiknya yang memerlukan
rawatan selama setengah tahun di Institut Pencapaian Potensi Manusia di
Philadelphia, Amerika Syarikat. Jumlah kos perubatan tersebut sebenarnya adalah
RM50,000.
Beliau telah memilih untuk membuat
kek cawan kerana ramai orang sukakannya dan suka menganjurkan parti. Selain daripada
mengumpul dana bagi kos perubatan adik beliau, Leah telah mengumpul dana bagi
membantu golongan yang memerlukan. Baru-baru ini, Leah telah membuat 15,000 biji
kek cawan dan meraih RM30,000 bagi membantu golongan Rohingya dan yayasan
bantuan makanan.
Menurut ibu Leah, Tay Mei Yan, biarpun setelah
semua perhatian yang diberikan kepadanya, Leah tetap ingat akan tujuan utamanya
memulakan semua usahanya selama ini; adiknya. Kadangkala Leah sendiri berasa
hairan dengan publisiti yang diterima olehnya kerana beliau hanya seorang kakak
yang menyayangi adiknya dan ingin membantunya mendapatkan kehidupan yang lebih
baik. Benarlah kata orang, tiada motivasi yang boleh membakar semangat
seseorang selain daripada cinta dan kasih sayang.




