Saya Mahu Membiayai Pendidikan Untuk Golongan Yang Memerlukan

Nama: Mary Grace Henry

Umur: 12 Tahun

Lokasi: Amerika Syarikat

Kata-kata hikmah daripada Mother Teresa telah menyuntik semangat kepada Mary untuk melakukan sesuatu kebaikan kepada manusia sejagat. Beliau telah meminta ibu bapanya membelikan sebuah mesin menjahit sebagai hadiah hari jadi dan mula berlatih berbulan lamanya sebelum berjaya menjual cekak rambutnya yang pertama di kedai buku sekolahnya.

Mary Grace Henry telah menjadikan minat beliau untuk menjahit sebagai usaha yang berterusan. Pada usia 12 tahun, beliau telah membantu untuk membiayai pendidikan seorang budak perempuan yang tidak berkemampuan dan melakukan rancangan untuk menggunakan cekak rambut untuk menjayakan usaha murni beliau.

Beliau telah mula untuk menjual cekak rambut dan menyumbangkan keseluruhan keuntungan yang diterima kepada dana tersebut. Projek kecil beliau telah berkembang menjadi projek amal Reverse The Course yang telah menjual sebanyak 11,000 aksesori rambut dan telah membantu membiayai pendidikan 115 orang kanak-kanak perempuan di sekitar Kenya, Uganda, Paraguay, dan Haiti. Pembiayaan tersebut termasuklah untuk membeli buku, pakaian, alat tulis, kasut, peralatan persekolahan dan membayar yuran pengajian.

“Nasihat saya adalah untuk memulakan langkah pertama”, kata Mary. “Walau sebesar mana impian anda, mulakan dari bawah dengan langkah-langkah yang kecil.”

tile-8f
thumb_12215_1504957
MGH-with-Hekima-Place-Students-Kenya-2014
maryGraceHenry2_2014-09-22
honoreeQuote_MaryGrace

Leave a Reply