Saya Mahu Menyelamatkan Lebah

Nama: Mikaila Ulmer

Umur: 4 Tahun

Lokasi: Amerika Syarikat

Pada usia 4 tahun, Mikaila telah didorong oleh keluarganya untuk menyertai sebuah pesta keusahawanan kanak-kanak. Beliau berfikir tentang apa yang ingin dijual dan dua peristiwa bermain dalam fikirannya ketika itu. Pertama, peristiwa beliau telah disengat oleh lebah sebanyak dua kali dan kedua, resipi jus lemon nenek beliau yang lazat.

Sengatan lebah sangat memedihkan. Namun beliau menjadi semakin terpesona dengan lebah dan melakukan pembacaan serta kajian terhadap lebah dan mendapati populasi lebah semakin terancam. Fungsi lebah yang pelbagai dalam ekosistem telah mendorong misi Mikaila untuk menyelamatkan populasi lebah melalui jualan jus lemon menggunakan resepi rahsia Granny Helen. Rahsianya ialah menggantikan gula putih dengan madu lebah.

Mikaila telah menjual jus lemon dengan menggunakan madu lebah tempatan dan menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan setiap pembelian lemonad tersebut kepada usaha menyelamatkan populasi lebah. Beliau telah mengikat satu kontrak dengan sebuah syarikat pasar raya organik iaitu Whole Foods Market untuk memasarkan produk-produk jus lemon beliau.

Ketika tidak menjual jus lemon, Mikaila akan turun padang dan terlibat dalam gerakan keusahawanan sosial dan memacu bengkel-bengkel untuk menyelamatkan populasi lebah. Beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada orang yang lebih dewasa. Apakah yang anda lakukan ketika berusia 4 tahun?

mikaila-ulmer-shark-tank-lemonade
mikaila-ulmer-bees_4
32BE337100000578-0-image-a-42_1459521867013
beesweet
http_prod.static9.net.au_media201807241042GettyImages522765510
download

Leave a Reply