Sale!

Buku Projek Sang Pemimpi – Mimpi Menjadi Realiti

RM12.00 RM10.00

Manifesto ini didedikasikan kepada semua ibu bapa dan guru di luar sana yang ingin mengubah sistem pendidikan, atau sekurang-kurangnya ingin menampung kekurangan dan kelemahannya, dan kepada semua pelajar yang berani menyuarakan pandangan dan mempersoalkan rutin harian di sekolah anda.

ISBN 978-967-2040-85-9

Category:

“Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit.
Kalau gugur pun, tersangkut jua di puncak puncak gunung yang tinggi.”

 

Bagaimana anda menentukan hala tuju hidup anda ke arah kejayaan? Buku Projek Sang Pemimpi ialah sebuah buku yang memberikan fokus kepada pembangunan impian dan keberanian mengejar impian. Dalam perjalanan singkat kehidupan akademik seseorang pelajar, mereka sering hidup berbekalkan impian orang lain. Seluruh tenaga dan masa mereka, sekitar 11 tahun kehidupan mereka diabadikan untuk merealisasikan impian manusia-manusia berkepentingan disekeliling mereka.

Selepas tamat zaman persekolahahan, barulah mereka memulakan perjalanan mencari impian sendiri. Namun, pada usia sebegitu, tanpa impian yang jelas dan pengaruh negatif serta kehidupan yang mencengkam, mungkin sudah terlambat untuk mencari keberanian mengejar impian!

Kerana itulah hari ini kita mengalamai masalah remaja dan belia yang defisit emosi yang menyumbang ke arah pelbagai gejala sosial yang merosakkan norma-norma masyarakat.

Kita semua mahukan kejayaan. Buku ini membantu anda untuk mencipta impian besar yang jelas seawal zaman sekolah lagi. Buku ini dapat akan membantu anda membina ‘peta impian’ agar anda tidak sesat dalam perjalanan anda di kemudian hari.