Saya Mahu Ventrolikuis Terus Hidup

Nama: Darci Lynne

Umur: 12 Tahun

Lokasi: Oklahoma, Amerika Syarikat

“Tidak mungkin boneka itu boleh bercakap sendiri, mungkin dia telah merakam suara sebelum membuat persembahan”, kata Darci ketika bertemu dengan seorang ventrilokis di gereja ketika beliau berusia 4 tahun. Bertahun-tahun kemudian, beliau telah dihadiahkan sebuah patung dan beliau hanya berlatih setiap hari di hadapan cermin bersama patung tersebu.t Pada usia 12 tahun telah beliau membuat keputusan untuk menghadiri ujibakat sebuah rancangan pencarian bakat iaitu America’s Got Talent.

Persembahan Darci yang menampilkan sebuah boneka yang berbentuk seekor arnab berwarna merah jambu bersikap diva yang bernama Petunia pada uji bakat tersebut telah memukau para penonton dengan nyanyian Darci yang dilontarkan oleh Petunia sehingga para juri menekan ‘Golden Buzzer’ untuk beliau.

Persembahan itu telah mengubah kehidupannya buat selama – lamanya. Darci menjadi semakin yakin dan berani untuk mengejar impiannya. Ventrilokuis bukanlah satu bidang yang diceburi oleh kanak – kanak seusianya. Namun, Darci mencabar diri dan membuktikan bahawa umur bukan penghalang kepada impiannya.

Persembahan Darci Lynne di pentas akhir America’s Got Talent yang menampilkan Petunia dan sebuah lagi boneka berbentuk tikus bersikap pemalu iaitu Oscar telah menarik 21 juta tontonan dan menerima undian tertinggi dalam sejarah rancangan tersebut. Darci juga merupakan juara termuda America’s Got Talent.

Setelah melangkah keluar daripada rancangan pencarian bakat tersebut, Darci Lynne terus mengorak langkah dan memulakan jelajah solo beliau di sekitar Amerika Syarikat. Tiket persembahan beliau telah habis dijual dalam masa enam minit sahaja, maka lebih banyak slot persembahan yang Darci perlu adakan untuk memenuhi permintaan orang ramai yang terlalu banyak. Darci pernah menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat secara solo tanpa ditemani rakan-rakan boneka beliau pada perlawanan bola sepak OKC Energy FC. Beliau juga pernah melakukan persembahan pembukaan untuk konsert Fergie di Istana Caesar.

Beliau juga telah membuat penampilan dalam pelbagai rancangan seperti ‘NBC’s Little Big Shots’, ‘Ellen Degeneres Show’, ‘America’s Got Talent’ , dan ‘The Today Show’.

Adakah anda mempunyai keberanian untuk mengejar impian anda?

Leave a Reply