Saya Mahu Memberi Makan Kepada Orang Yang Memerlukan
Nama: Katie Stagliano
Umur: 8 Tahun
Lokasi: Summerville, South Carolina, Amerika Syarikat
Katie telah membawa pulang biji benih kubis dari sekolah pada usia 8 tahun ketika menyertai program ‘Bonnie Plants Third Grade Cabbage Program’. Katie telah menjaga tanaman kubis beliau sehingga berat kobis tersebut mencecah 40 paun.
Beliau telah menyumbangkan kubis tersebut kepada sebuah dapur amal dan mendapat tahu bahawa kubisnya telah membantu memberi makan kepada 275 buah keluarga.
Peristiwa tersebut telah membuka mata Katie tentang bagaimana bekalan sayur-sayuran segar boleh membantu dan bermanfaat kepada ramai orang yang memerlukan. Katie telah menubuhkan Katie’s Krops, sebuah badan amal yang menanam sayur-sayuran segar untuk didermakan kepada dapur amal untuk memberi makan kepada golongan yang memerlukan.
Katie’s Krops kini mempunyai 100 kebun di sekitar Amerika Syarikat dan diusahakan oleh ramai penanam cilik yang turut menjayakan usaha ini. Katie’s Krops juga telah menyumbangkan ribuan sayur-sayuran segar kepada golongan yang memerlukan.
Misi Katie’s Krops adalah untuk mendorong belia untuk memulakan dan menjaga sebuah kebun tanpa mengira saiz dan membantu golongan yang memerlukan dengan hasil tanaman kebun-kebun yang diusahakan. Badan amal ini juga berharap agar perkongsian yang diberi akan turut disampaikan kepada orang lain untuk mengatasi masalah kebuluran.






